Kerosakan yang dikesan berlaku pada SUIS UTAMA (MAIN SWITCH) telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba dan beberapa saat kemudiannya bekalan diperolehi semula tanpa melakukan apa-apa.
Ini adalah suis utama 3 pole (3 fasa) 32A
Hasil pemeriksaan awal terdapat kesan hangus pada belakang suis utama. Kesan hangus juga dilihat apabila suis utama dimatikan (switch off).
Kelihatan Kesan hangus pada fius fasa biru
Fius fasa biru hangus
Apabila ujian keterusan dilakukan didapati ada keterusan. Oleh itu Suis Utama perlu ditukar.
No comments:
Post a Comment