Saya ingin kongsikan satu kes yang berlaku 3/4 tahun lalu yang kami dipanggil oleh pemilik kediaman supaya memeriksa Kotak Fius Agihan mereka kerana berbau hangit selepas rumah mereka disambar petir.
Apabila pemeriksaan dibuat kami dapati ada arus yang mengalir dari dawai 'armoured cable' (biasanya dawai yang melindungi kabel jenis ini digunakan sebagai ganti kabel bumi) mengakibatkan hujung dawai 'armoured cable' tersebut menjadi seperti mentol lampu yang menyala dan sedikit demi sedikit ia mencairkan penebat pada kabel fasa merah, biru & kuning. Fuh bahaya gila.....
Apa yang berlaku sebenarnya? Ceritanya begini; Apabila petir menyambar rumah tersebut, ia menyambar sama fius yang berada di tiang bekalan elektrik di hadapan rumah itu. Mengakibatkan kabel bekalan tercabut dari kotak fius dan menyentuh tiang dan seterusnya mengalirkan arus melalui kaedah pembumian yang dibuat pada tiang bekalan elektrik ke kotak fius agihan melalui dawai 'armoured cable'.
Baru-baru ini kami bertemu satu kes sebuah rumah banglo di Bangi Lama yang kerap kali RCCBnya trip bila kilat. Hasil pemeriksaan, sambungan earthing ke tiang bekalan elektrik telah terputus. Jadi, kami ceritakan kejadian di atas kepada pemilik rumah itu dan syorkan agar pembumian mereka disambung ke elektrod sendiri. Dia bersetuju dan kami paparkan di bawah ini apa yang telah kami lakukan.
Elektrod telah dipacak ke dalam tanah
Mengambil bacaan.... terbaikkkkk
seterusnya melakukan ujian keterusan samada dawai pelindung armoured cable boleh dijadika dawai bumi atau tidak
mengambil bacaan..... terbaikkkkk
Penyambungan ke elektrod
Siap
Mudah-mudahan boleh membantu mengelak petir dan arus bocor.... InsyaAllah
Sesiapa yang ingin memasang elektrod atau memeriksa pembumian, boleh hubungi saya Bahari di 0129745753.
No comments:
Post a Comment